Wednesday, March 2, 2011

PERJALANAN MENUJU FIRDAUS

Alhamdulillah, kita sudah pun merayakan aidilfitri sesudah bermujahadah sebulan berpuasa .Tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, ini kerana saya dan rakan-rakan seperantauan merayakan hari lebaran ini jauh dari tanah air, jauh dari keluarga dan saudara-mara.


 Alhamdulillah belum sampai tiga bulan saya berada di Republic ini tetapi pelbagai pengalaman yang berharga saya dapat. Satu pngalaman yang menarik bagi saya ingin dikongsikn kepada rakan-rakan. Mungkin sedikit sebanyak dari pngalaman saya ini dapat menaikkan semangat keagamaan di kalangan rakan-rakan pembaca.
 

 10 hari terakhir ramadhan yang lalu saya dan beberapa rakan pergi iktikaf di sebuah masjid. Ini adalah rutin tahunan setiap kali 10 akhir ramadhan yang telah di aturkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Yemen(PERMAYA). Setiap ahli persatuan yang baru diwajibkan untuk mengikuti program ini. Semua ahli baru berkumpul di rumah PERMAYA untuk melihat senarai nama gkumpulan, masjid yang ditentukan dan ketua kumpulan masing-masing yang terdiri dari pelajar lama.Saya tidak ingat berapa group yang dibentuk tetapi grop saya terdiri dari tiga orang pelajar baru dan seorang ketua dari pelajar lama. Tujuan utama program ini adalah mengikuti sunnah rasulullah yang tidak pernah meningglkan iktikaf setiap 10 hari terakhir ramadhan.

  Dari aisyah R.A : “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Program ini juga bertujuan untuk membiasakan pelajar baru bergaul dengan masyarakat Arab dan supaya mereka dapat mempelajari bahasa Arab daripada pergaulan tersebut.

Kumpulan kami bergarak ke Masjid Syuhada dengan kenderaan yang disewa persatuan. Sampai sahaja di sane kami disambut meriah oleh jemaah yang juga beriktikaf di situ. Seramai 20 orang jemaah kalau tidak silap saya yang beriktikaf bersama kami di masjid itu termasuk kami empat orang, dua orang saudara baru dari Negara barat, seorang dari Egypt (ketua jemaah iktikaf), dua dari palestine dan selebihnya orang tempatan.

Ringkaskan cerita, esoknya hari jumaat, kami solat jumaat seperti biasa, selepas solat ada tiga orang jenazah yang perlu di solatkn. ape yang menariknya, solat jenazah itu disolatkan oleh makmum yang begitu ramai. Selepas selesai solat mereka berlumba-lumba mengangkt jenazah  itu untuk dibawa turun kebawah, ini kerana masjid tersebut dua tingkat, smpai ada yg bergaduh-gaduh (itu memang tabiat biasa Arab) yang jatuh-jatuh semata-mata untuk mengangkat keranda tersebut. Sangat pelik, sangat mengkagumkan. Saya fikir ini memang budaya mereka yang mengetahui fadilat menguruskan jenazah.

Namun dalam kepala ini tetap pelik melihat gelagat mereka.Saya cuba ringankn mulut bertanya kepada orang tempatan walaupun dalam keadaan bahasa Arab yang sangat memalukan. Setelah bertanya barulah saya tahu itu adalah mayat tentera syuhada yang gugur syahid berperang dengan khabilah pemberontak dari Syiah di utara Yemen.Semoga mereka ditemptkn di Firdaus.

Setiap hari pasti ada sahaja mayat syuhada yang akan  kami solatkan. Kerana itulah masjid itu digelar Masjid Syuhada. Untuk pengetahuan, peperangan ini telah berlansung selama hampir 5 tahun dan jumlah keseluruhan yang gugur sama ada dari pihak tentera kerajaan (sunnah) mahupun dari pihak pemberontak (syiah) saya sendiri tidak tahu walaupun puas mencari jawapannya. Mungkin angkanya mencecah belasan ribu, puluhan ribu saya tidak pasti, wallahualam.

Firman Allah
Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapat (limpahan) rizki. QS Ali ‘Imran: 169).

 Ape yang saya fikirkn ialah hidup ni pasti akan menemui kematian. Allah membuka peluang  untuk kita pilih sebaik-baik cara kematian iaitu jihad fi sabilillah. Allah ingin membeli jiwa dan harta orang-orang mukmin dengan bayaran syurga.

Firman Allah
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.(at-taubah 111)

Wallahi tidak ada perniagaan yang lebih menguntungkan dari perniagaan yang mana bayaranya adalah syurga dan kita bersenang lenang di dalamnya selama-lamanya.

Berbahagia dan beruntunglah mereka yg  mendapat syahid dengan darah yang berbau harum dan dihormati oleh seluruh para malaikat yang mendoakan mereka. Semoga kita terpilih sebagai pejuang agama yang gagah berdiri bak panglima Khalid bin al-Walid menentang musuh-musuh agama laknatullah. Wallahualam.
 muntazariff.blogspot.com

No comments:

Post a Comment