Friday, March 4, 2011

Wanita: Keistimewaan dan Tanggungjawabnya - النساء: مميزات و مسؤوليتها

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على سيّد المرسلين و على آله و أصحابه أجمعين.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أن محمد عبده و رسوله و لا نبي بعده  

Segala puji dan sembah bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu rasul-rasul, dan juga ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekaliannya. Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah, tunggal dan tiada sekutu baginya, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya, dan tiada nabi selepas baginda..

Seperti mana kita maklum, wanita dahulunya(zaman jahiliyyah) adalah sangat teraniaya dan sangat dizalimi. Sehingga datangnya Islam, maqam/martabat wanita telah diangkat di sisi Islam. Sesungguhnya wanita adalah istimewa!!

Thursday, March 3, 2011

BILA USIA MENJELANG EMPAT PULUH…


Waktu berlari dengan pantas. Detik, jam, hari, minggu, bulan dan tahun terus beredar dalam kealpaan insan atau sedar. Waktu yang berlalu tidak pernah menunggu persetujuan kita, atau menunggu sambutan tahunan. Samada ia disambut, atau ia tentang tiada siapa dapat menghalang perjalanannya. Ia terus datang dan pergi. Berlari tanpa henti. Dalam setiap nafas insan yang disedut atau dihembus keluar, waktu terus beredar.

Waktu tidak pernah hirau yang mati atau yang hidup. Waktu terus datang tanpa diundang, dan ia akan berlalu tanpa dihalang. Waktu adalah makhluk makhluk Tuhan yang paling ajaib. Berulang kali dalam al-Quran yang suci, Allah bersumpah dengannya; Demi masa! Demi waktu fajar! Demi waktu malam! Demi waktu dhuha! Demi waktu subuh dan seterusnya. Ciptaan yang maha ajaib.

Wednesday, March 2, 2011

PESANAN RASUL

Alhamdulillah…hari dan saat ini aku tenang menarik nafas yang Allah s.w.t anugerahkan, lega rasanya msih dibenarkan hidup sehingga ke hari ini. Selawat dan salam keatas Nabi mulia Muhammad s.a.w yang telah mengajar kita agama yang benar sehingga kita selamat dari terus tersesat menuju ke neraka dan akan memasuki syurga dengan rahmat Allah s.w.t. Seperti apa yang nabi s.a.w ajarkan kepada kita dengan sabdanya :

عن أبي هريرة - رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -‏ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- : ‏كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إلا مَنْ أَبَى
قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى؟!
 
قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى  (صحيح البخاري
)
“Dari Abi Hurairah r.a berkata: berkata Rasulullah s.a.w: setiap Ummatku akan memasuki syurga kecuali bagi sesiapa yang tidak mahu.. para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, siapakah mereka yang tidak mahu itu?.. lalu Rasulullah menjawap: siapa yang mentaatiku pasti akan masuk syurga dan siapa yang mengingkariku maka mereka itulah orang yang tidak mahu”

Cinta Tanpa Syarat

 Terkesanya baca artikel ustaz hasrizal ni. saya share ngn kawan untuk bacaan ye...hope ada yang terkesan macam saya jugak hehe selamat membaca.....

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

PERJALANAN MENUJU FIRDAUS

Alhamdulillah, kita sudah pun merayakan aidilfitri sesudah bermujahadah sebulan berpuasa .Tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, ini kerana saya dan rakan-rakan seperantauan merayakan hari lebaran ini jauh dari tanah air, jauh dari keluarga dan saudara-mara.


 Alhamdulillah belum sampai tiga bulan saya berada di Republic ini tetapi pelbagai pengalaman yang berharga saya dapat. Satu pngalaman yang menarik bagi saya ingin dikongsikn kepada rakan-rakan. Mungkin sedikit sebanyak dari pngalaman saya ini dapat menaikkan semangat keagamaan di kalangan rakan-rakan pembaca.

Kesakitan dan Kesedihan adalah Pengampunan dan Motivasi

Setiap orang pernah melalui waktu sakit, penat, rungsing dukacita dan kesedihan. Tidak ada siapapun yang akan terlepas darinya. Dunia ini adalah darul ibtilak atau negeri ujian bagi manusia. Maka setiap ujian yang Allah berikan adalah sebagai sebab untuk mengampuni dosa kita dengan syarat kita bersabar dan redha tampa mempertikaikanya

Dalam hadis yang diriwayat oleh bukhari “ tidak menimpa seorang muslim keletihan, dan tidak menimpa dia dari sakit, dukacita (yang akan datang), duka cita ( perkara yg sedang berlaku) sehingga duri yang  terkena padanya melainkan allah menjadikan itu sebagai keampunan kepadanya.

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA


Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.